Tuesday, October 9, 2012

Pizza Itali


Pizza Itali

Bahan-Bahan:

4 1/2 Cawan Tepung Berprotein Tinggi
1 Paket Yis
1 1/2 sudu Besar Gula
1 1/2 Cawan Air Suam
500gm Keju Mozarella (diparut Kasar)
1 Labu Bawang Besar (dicincang)
4 Ulas Bawang Putih (dicincang)
1 Sudu Besar Campuran Rempah Piza Itali
2 Sudu Besar daun Oregano Kering
500gm Tomato Jeruk
200gm Tomato Puri
1 Sudu Besar Cili Merah
2 Cawan Sayur Campur
6 Batang sosej (dihiris)
Sedikit Minyak Zaitun
Sedikit Garam

Cara-Caranya:

Campurkan yis,tepung dan garam kedalam subuah mangkuk.Putarkan dengan kelajuan perlahan dan tuangkan sedikit demi sedikit air suam dan putarkan selama 2 minit.Kemudian,campurkan setengah cawan tepung lagi dan putar selama 2 minit.selepas itu,campurkan setengah cawan tepung dan uli sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut.Teruskan menguli sehingga 10minit diatas permukaan yang disapu tepung.kemudian bentukan doh tadi supaya menjadi bulat dan biarkan selama sejam sehingga kembang..Sementara menunggu doh tadi kembang,anda bolehla menyediakan sosnya dahulu,pijarkan minyak dan tuangkan minyak zaitun untuk menumis bawang dan bawang putih sehinnga baunya naik.Kemudian masukkan tomato jeruk dan pes tomato,kacau perlahan-lahan.kemudian masukkan rempah pizza,cili merah,gula dan garam.Biarkan selama 20minit.Setelah masak biarkan seketika.Setelah doh tadi itu mengembang,bahagikan doh itu kepada 2 bahagian.Uli dan biarkan selama 15minit.Sapu sedikit minyak diatas pembakar piza 10x10.Leperkan tepung tadi diatas pembakar piza.Taburkan separuh keju dan sapukan sos tadi.Taburkan pula sosej dan sayur campurTaburkan selebih keju tadi dan bakar selama 2 minit atau sehinna menjadi kekuning-kuningan.Sedia untuk dihidangkan.

Lasagna


Lasagna

Bahan-bahan ( 6 orang )

300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara

Panaskan oven 180 C

Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.

Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.

Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)

Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.

Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.

Sediakan sauce pan, panaskan.

Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.

Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.

Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.

Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.

Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)

Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)

Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah
panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)

Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D

Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).

Resepi Cheesy French Fries



Resepi Cheesy French Fries

langkah pertama sediakan sos.

sos 1 - sos mayonis
sos 2 - sos cheese.

Untuk membuat sos cheese...

Sediakan kuali non stick di atas api dapur. (Sila invest untuk beli kuali non stick yang sangat berguna).

Masukkan kedalam kuali-

1 sudu makan butter
1 sudu makan tepung gandum/tepung serbaguna

Kemudian kacau sehingga keperangan dan kecilkan api.

Masukkan pula-

250ml susu segar/susu full cream (yang ni boleh adjust ikut kelikatan cheese)
100 gm keju cheddar parut yang berwarna sangat oren(yg kak nani guna tak cukup oren)
2 sudu makan sour cream

Kacau hingga likat...angkat dan masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan di atas kentang yang siap digoreng nanti.

Langkah kedua...

Gorengkan french fries sehingga kekuningan dan angkat.

Ketika kentang masih berada di dalam tos penapis, taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk perencah kari yang terdapat didalam paket mee maggi perisa kari.

Setelah diangkat...bolehlah paipkan sos mayonis berselang seli dengan sos keju.

Hidang bersama perahan lemon...yummyum..

Ayam BBQ


Ayam BBQ

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

2 kg ayam
1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 cawan gula

Cara-cara

1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.

3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)

5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat mencuba!

Itik Panggang


ITIK PANGGANG

BHN-BHN:
1 ekor itik | dibersihkan
100ml kicap cair
3 sudu makan serbuk Five Spices | sejenis herba cina
6 biji bawang merah
10 ulas bawang putih

BHN SOS:
50gm serbuk Five Spices
3 sudu makan kicap
2 sudu makan taucu

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan itik dan kemudian perapkan dengan kicap cair, serbuk Five Spices, bawang merah, bawang putih selama tujuh jam.
2. Setelah tujuh jam, masukkan di dalam ketuhar dan panggang selama 45 minit.
3. Untuk sosnya, campurkan semua bahan dan kacau sebati.
4. Hidangkan bersama itik yang siap dipanggang.

Saiz hidangan untuk: 10 orang

Info chef: Pastikan itik dipanggang menggunakan api perlahan.Ketika itik dipanggang, ia akan mengeluarkan lemaknya.Semakin lama memanggang semakin enak rasa itiknya.

Waktu penyediaan: 7 jam (termasuk waktu perap)
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan: Cina Muslim
Keistimewaan: Rasa daging itik yang lemak manis
Jenis penyediaan: Menu utama
Jenis masakan: Itik Panggang
Jenis acara: Tengahari dan malam
Cara memasak: Panggang

Ayam Goreng Ala KFC (Hot & Spicy)


Ayam Goreng Ala KFC (Hot & Spicy)

Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan Tambahan
1 biji telur
Minyak secukupnya

Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )


Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!

Resipi Prosperity Burger



Resipi Prosperity Burger

Bahan-bahan ( ikut saiz keluarga )

Roti burger (nak nmpk real beli bentuk oblog)
Daging burger (btk oblog)-nak ayam/lain2 pn boleh
Bawang holland-dihiris memanjang/dadu-goreng dulu pn boleh/mentah
Untuk sos bp: 2 cwn stok ayam (kiub ayam+air)
1/3 cwn susu segar
1/2 sudu besar lada hitam
1/2 bj bwg besar dicincang
2 sudu besar kicap manis (klu suka hitam boleh tambah)
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
2 sudu besar tpg jagung-dibancuh dgn sedikit air
Garam+gula ckp rasa
Untuk hiasan: daun salad,tomato dan timun

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.

2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.

4. Goreng daging (tidak payah letak minyak) dan selepas itu celupkan ke dalam sos lada hitam.

5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. Letakkan daging yang telah dicelup sos lada hitam pada roti dan taburkan bawang besar yang dihiris.

6. Jika suka boleh juga letakkan daun salad, hirisan tomato dan hirisan timun.

Macaroni 'n' Cheese


Macaroni 'n' Cheese

Bahan-bahan (sos merah) :
1 peket (500g) macaroni San Remo (boleh guna spiral atau elbow, ikut suka)
1 botol besar sos spagheti (Prego)
400g daging cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan (sos putih/cheese) :
1 buku 250g keju cheddar - diparut
500-600ml susu segar
2 sb tepung gandum

Caranya :
Rebus macaroni/spiral sehingga lembut (letak minyak zaitun & garam sikit). Dah masak (lembut) angkat & toskan.

Untuk sos merah :
1. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang & goreng sehingga daging bertukar warna tapi jangan sampai airnya kering.
3. Masukkan sos spageti prego & perlahankan api. Tambahkan 1 cawan air.
4. Masukkan garam & gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering kerana sedap berkuah supaya mudah nak digaulkan dengan macaroni nanti.

Untuk sos putih/cheese :
Masukkan susu segar & tepung gandum ke dalam periuk/kuali dan gaul rata. Masak di atas api perlahan & masukkan parutan cheese cheddar tadi. Kacau sehingga cheese cair & sebati. Sebaiknya sos cheese ni jangan terlalu cair.

Cara menyediakan Mac n Cheese :
1. Gaul sos merah dengan macaroni yg direbus td sehingga sebati.
2. Tuang setengah adunan ke dalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese.
3. Kemudian tuang lebihan macaroni di atasnya dan lapiskan dengan sos cheese (selang seli). Kalau nak lagi sedap taburkan parutan keju cheddar di atasnya dan bakar sehingga ia berwarna kuning keemasan (agak2 je tak sure brapa suhu & masa).
4. Dah siap & ENJOY MAKAN !!!

Sup Ayam Special

Sup Ayam Special
Bahan-bahan ( 8 orang )

1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, Ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

2. Bawang merah & bawang putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6

3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit

5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda

7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Kek Kopi



Kek Kopi

Bahan-Bahan:
6 biji kuning telur
½ gelas mentega
1 gelas gula pasir
2 gelas tepung gandum
½ gelas air kopi pekat(nescafe)
3 sudu teh baking powder
¼ sudu teh vanila

Cara:
Mentega dengan gula di pukul sampai kembang. Kopi & koko di bancuh dengan air panas. Masukkan sebiji kuning telur ke dalam mentega tadi, kacau sampai sebati, masukkan pula air kopi & koko tadi & baking powder, taruh ke dalam acuan & bakar.

Resepi Kari Ayam Ubi Kentang

Assalamualikum,

Setelah begitu lama, sibuk dengan kerja harian. Alhamdulillah pagi ini berkesempatan didalam ruang yg sempt ini, saya memaparkan, bagaimana cara unutk membuat Kari Ayam Ubi Kentang, Sebagaimana Gambar Dibawah ini.

KARI AYAM UBI KENTANG

BAHAN - BAHANNYA

500 gm. Minyak Masak
500 gm. Rempah Kari
1 liter Santan
1 kilo Ubi Kentang ( dibelah empat )
3 kilo Ayam ( dibersih dan dipotong kecil )

BAHAN TUMIS

500 gm. Bawang Merah }
300 gm. Bawang Putih } dicincang
300 gm. Halia }
20 gm. Kulit Kayu Manis
20 gm.Bunga Lawang
20 gm. Buah Pelaga
10 gm. Bunga Cengkih

CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, masukkan bawang merah, 
bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi dan masukkan bahan
tumis lain. Tumis lagi sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kari, santan dan ubi kentang. Kacau sebentar. 
Masukkan ayam dan kacau perlahan - lahan sehingga masak.

NOTA

Selain enak dimakan dengan nasi, Kari ayam ubi kentang ini juga 
boleh dimakan dengan roti jala dan roti Perancis.